Just for us to ponder upon.

In CategoryISLAM YANG KUCINTAI, KITA & ISLAM
Bydrgeniuswan

Demographics:
- World Jewish Population : 14 million
- Distribution : 7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa

- World Muslim Population : 1.5 billion
- Distribution : 1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

- Every fifth human being is a Muslim.
- For every single Hindu there are two Muslims
- For every Buddhist there are two Muslims
- For every Jew there are 107 Muslims
- Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History

- Albert Einstein is Jewish
- Sigmund Freud is Jewish
- Karl Marx is Jewish
- Paul Samuelson is Jewish
- Milton Friedman is Jewish

Medical Milestones
o Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
o Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
o Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
o Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
o Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
o Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
o Endocrinology Andrew Schally Jewish
o Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
o Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
o Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
o Embryology. Stanley Cohen Jewish
o Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners
o In the past 105 years,
- 14 million Jews have won 180 Nobel prizes
whilst
- 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History
o Micro- Processing Chip. =Stanley Mezor (Jewish)
o Nuclear Chain Reactor = Leo Sziland
(Jewish)
o Optical Fibre Cable = Peter Schultz
(Jewish)
o Traffic Lights = Charles Adler
(Jewish)
o Stainless Steel = Benno Strauss
(Jewish)
o Sound Movies = Isador Kisee
(Jewish)
o Telephone Microphone = Emile Berliner
(Jewish)
o Video Tape Recorder = Charles Ginsburg
(Jewish)

Influential Global Business
o Polo Ralph Lauren (Jewish)
o Coca Cola
(Jewish)
o Levi’s Jeans Levi Strauss
(Jewish)
o Sawbuck’s Howard Schultz
(Jewish)
o Google Sergey Brin
(Jewish)
o Dell Computers Michael Dell
(Jewish)
o Oracle Larry Ellison
(Jewish)
o DKNY
Donna Karan (Jewish)
o Baskin & Robbins Irv Robbins
(Jewish)
o Dunkin Donuts Bill Rosenberg
(Jewish)

Influential Intellectuals/Politicians
o Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
o Richard Levin, President YaleUniversity Jewish
o Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
o Joseph Lieberman Jewish
o Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
o CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
o Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
o DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
o Barry Goldwater , US Politician Jewish
o Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
o Pierre Mendes, French PM Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
o Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential
o Wolf Blitzer, CNN Jewish
o Barbara Walters ABC News Jewish
o EugeneMeyer , Washington Post Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
o Katherine Graham , Washington Post Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
o Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
o George Soros Jewish
o Walter Annenberg Jewish

Why are they powerful? why are Muslims powerless?

Here’s another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.

o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/development 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens.
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.
o Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.
o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
o In Saudi Arabia is 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion.
o Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude? no need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen

Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don’t compromise on it, don’t ignore your children slightest misguidance from education (and please, for God’s Sake, don’t use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can’t do it now, they can’t ever).
We are World’s biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our own selves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy…And nothing else.

Batas Ikhtilat

In CategoryKITA & ISLAM
Bydrgeniuswan

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud;

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu”. [al-Ahzab : 34]

Apakah ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Read more…

Mengejar erti tawakal..

In CategoryKITA & ISLAM
Byatam

Salam wrt.

Segala puji bagi Dia yang menguasai hati-hati kita,

Perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan. Teringat satu phrase ni, “If you fail to plan, you plan to fail. “Fuh, bile 1st time dapat phrase ni memang tercucuk anak panah kat kepala saye…

Macam-macam bende pun kite merancang. Plan cam ne nak buat program, plan nak menang volgo games, plan agenda cuti, plan nak masak ape, plan prepare untuk exam…..dan banyak sangatla…. Kadang-kadang rancangan kite memang tersangat mantap. Kita yakin bahawa kita mampu melaksanakannya. Kita rase kita pasti berjaya. Tapi sahabatku, tak semua planning itu akan tercapai. Barangkali ianya bukan seperti yang kita harapkan. Kerana kita lupa bahawa Allah itu juga merancang buat kita

Maka itu, jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya… kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal…

Ingin ku ceritakan sebuah kisah dari kitab Riadus Solihin,

Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w

“Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga aku melihat seorang Nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada pula Nabi yang mempunyai satu atau dua pengikut, bahkan ada juga Nabi yang tiada pengikutnya.. Kemudian aku melihat satu rombongan yang besar sekali, aku kira itu umatku, maka diberitahukan padaku bahawa itu adalah Nabi Musa dan kaumnya….

Tiba-tiba di ufuk kanan dan kiriku, di sana aku melihat rombongan yang besar sekali, dikatakan kepadaku: Itulah umatmu dan di samping mereka ada 70000 yang masuk syurga tanpa hisab.”

Setelah itu Nabi pun bangun dan masuk ke rumahnya. Manakala para sahabat tertanya-tanya sesama sendiri mengenai golongan yang masuk syurga tanpa dihisab itu. Pelbagai pendapat yang diutarakan mereka.

Kemudian Rasulullah s.a.w pun kembali dan bertanya: “Apakah yang sedang kau bicarakan?”

Maka para sahabat pun mengajukan masalah itu,

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka menebak nasib dengan pengantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka  selalu berserah.

Pabila para sahabat mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, bangunlah Ukkasjah bin Mihshan dan berkata: “Ya Rasulullah doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka.”

Jawab baginda. “Engkau termasuk golongan mereka.”

Kemudian berdiri pula sahabat yang lain. “Doakan semoga Allah menjadikan saya dari golongan mereka!

Jawab baginda: “Engkau telah didahului oleh Ukkasjah..

(Bukhari dan Muslim)

Bestkan kalau kita masuk syurga tanpa dihisab?! Ayuh kita kejar erti tawakal…

“Sesungguhnya orang2 mukmin adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka berserah.. (Al-anfal:2)”

 

Yang Paling Dekat..

In CategoryKITA & ISLAM
Bylangford_arlene

Salam wrt,

Dengan nama Allah, yg Maha Penyantun lagi Maha Mengampuni,

Moga dijauhkan sifat riak dr hati-hati kami,

 

water-in-hand 

 

Nak kongsi serangkap lirik lagu “Syahadat Cinta”. Mungkin ramai yg da tengok filem dia, tp sy lebih tersangkut pada lagunya.. Klik utk dengar..

 

“Syahadatmu adalah syahadat cinta

Penuh pengorbanan dan air mata

Semerbak mewangi

Suci dan murni menuju damai cinta”

 

Lagu yg refreshing.. Mungkin sebab da lama xde stok nasyid baru. Tp bait-baitnya menangkap hati sy. Chewah.. Kebelakangan ni byk benda yg berlaku mengingatkan sy pada benda2 basic yg kadang2 kita terlepas pandang.

 

“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”  Al-Mu’min, 40: 60

 

Diyakinkan lg dgn..

 

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yg berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  Al-Baqarah, 2: 186

 

Ayat yg simple. Allah ajak kita doa pada dia. Meletakkan segala pergantungan pada Dia yg Maha Esa, Maha Satu. Dan lepas tu Allah yakinkan kita lagi yg bahawa Dia akan perkenankan keinginan kita.

Is it as simple as that? Takkan begitu senang? Hmm..  Kenapa perlu meraguinya? Kan ini janji Allah yg da termaktub kebenarannya.

 

“Dialah yg menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: ‘Jadilah’, maka jadilah ia.”  Al-Mu’min, 40 : 68

 

Itulah Allah yg Maha Powerful.. Tapi kita sebagai pemohon-pemohon, peminta-peminta dari-Nya perlulah bagi perhatian jugak pd kualiti usaha kita, rasa rendah diri kita apabila meminta, keredaan kita pada ketentuan-Nya. Pegangan yg patut kita semua ada ialah mempercayai walau bagaimana buruk dan catastrophic pun sesuatu yg Allah bg pada kita, benda itu adalah yg  terbaik buat kita.

Cuma bila hikmah kejadian itu nak terserlah menjadi rahsia Allah. Mungkin cepat dan mungkin selepas beberapa tempoh yg lama.. Tp takpe.. Itu kan jentikan kasih dari-Nya.   :)

 

Kelam yg Allah bg itu kejap, sinarnya selepas itu lagilah berpanjangan.

*Peringatan buat diri juga.

 

Wallahua’lam.

Cerita kita

In CategoryISLAM YANG KUCINTAI, KITA & ISLAM
Bysyntahstylo

Dengan Nama Allah, Rabb yang Maha Pengampun

Sahabat, aku tersedar dan memahami sesuatu..aku menjumpainya di dalam Quran.. Kemudian aku melihat dan mengaitkannya dengan realiti di sekelilingku.. Aku ingin menceritakan kepada kamu.. Cerita tentang kita..


*****


“Bukankah pernah datang kepada manusia, suatu ketika dari masa, yang ketika itu (manusia itu) belum merupakan sesuatu yang dapat disebut..?” [QS 76: 1]


“Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam)……Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian (embryogenesis)..” [QS 39: 6]


Sahabat, ya..aku dan engkau sebelum ini tidak pernah wujud, malah tidak disebutpun..Kemudian Dia telah menjadikan kita ini, kita

 

baby

 

 

*****


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..” [14: 34]


“(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakmu.. [80: 32]


Ya, dia telah menciptakan segala benda di bumi untuk kita gunakan..untuk kesenangan kita.. Sahabat, mahukah anda tahu untuk apa kesenangan itu bagi kita.?.

nature

 

*****


“Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah(menghambakan diri) kepadaKu.” [51: 56]


“..Aku hendak menjadikan (manusia) khalifah di bumi..” [QS 2: 30]


Semua itu adalah supaya kita mampu memenuhi tuntutan wujudnya kita sebagai kita di dunia ini..supaya kita mampu memikul tugas hakiki yang di amanahkanNya..



Tetapi..



Manusia itu sangat ingkar kepada tuhannya..tidak bersyukur terhadap pemberianNya.. Kesenangan digunakan tanpa menghiraukan haknya..Kenapa manusia itu selesa dengan dirinya apabila ia melakukan dosa..? Sedangkan manusia itu sudah mengetahui.. Apakah yang telah berjaya menipu manusia ini..?


 

“WAHAI MANUSIA! Apakah yang telah memperdayakan engkau (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih??!”

 

“..yang telah menciptakanmu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang..” [QS 82: 6-7]


Mengapa manusia masih biadap terhadap Tuhan kita?

Mengapa manusia tidak merindukan Tuhan kita?

Mengapa manusia tidak mahu mengingati dia?

Mengapa manusia tidak menghambakan diri HANYA kepada dia?

Bukankah kita semua adalah dari Dia..?


*****


Wahai manusia, janganlah kamu begitu..

Merelakan diri untuk menjadi manusia yang seperti itu..

Kerna aku juga seperti kamu, seorang manusia..

Yang tidak kurang berbanding kamu, punyai kelemahan dan cacat cela


Ingin aku mengajak kamu kepada satu hakikat..

Hakikat yang tidak akan luput oleh sempadan tempat, dan sempadan masa..

Marilah saudara memahami hakikat ini..

Jika dijiwai inshaAllah, akan kembali mengorientasi diri..


“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah..Dan Allah, Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji (tidak memerlukan apa-apa pun)..” [QS 35: 15]


*****


Sahabat,

Mari kita susun kembali kehidupan kita.. =)


WaAllahua’alam..


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah..dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh segenap kemampuan) di jalanNya..agar kamu BERUNTUNG.” [QS 5: 35]

 

*Dipetik dari http://syntahstylo.blogspot.com/

Hati oh Hati..

In CategoryKITA & ISLAM
Bylangford_arlene

Salam wrt,

 

Dengan nama Allah yg mendatangkan ilham dan Maha Pengampun,

Aku berlindung dari syaitan yg durjana.

soft heart

“Hati manusia itu umpama bulu yang dibolak-balik angin di padang pasir”

Baru je dapat hadis ni.. Betapa terkenanya pd batang hidung sendiri. Memang.. memang tak dapat nak dinafikan kita sebagai manusia ni selalu shj x tetap pendiriannya.

Sekejap nak makan ais krim coklat, sekejap kejap nak ais krim strawberi pulak. Perumpaan la ye.. Dan ada pulak ketika bila kita rasa lapang dada, gembira sgt2, tp hari esoknya pula bermuram durjana. ‘C’est la vie’, kata orang French. Inilah hidup. Ada turun naiknya.

Tapi kita umat Islam adalah umat yg terpilih. Bila kita berada dalam satu kebuntuan, kita bukan berseorangan dengan halangan tu. Kita ada Allah. Dan Allah lah yang akan membantu kita utk hadapi rintangan2 yg Dia sendiri turunkan utk kita supaya kita jd lg kuat,lagi hebat dari sebelumnya.

“Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu’min bertawakkal.”   Ali’Imran, 3: 160

Tadi kata kita ni umat terpilih.. Terpilih? Kenapa terpilih pulak?

Yelah, sebab kita dah ada kalimah syahadat itu. Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kita da pegang da pada Islam itu, satu-satunya agama yang Allah da bagi cop Sirim. Betapa bertuahnya kita. Bersyukur x?

Maka, perlu lah sedar yg betapa muhasabah diri itu sgt perlu. Menjaga hati itu sgt perlu. Teringat kata-kata seorang sahabat. Katanya mestilah hati kte ni kena dijaga baik2, sebab nanti kita nak isi dgn Allah kan.

Hari-hari kita perlu check balik dan tanya pada diri sendiri: (Peringatan juga buat diri sendiri yg selalu alpa.)

“Hari ini rasanya dah berapa mukasurat  amal yg da dicatat malaikat di sebehlah kanan aku ni? Dan macam mane pulak dgn dosa2 aku? Dan antara aktiviti yg aku buat hari ini, yg mana yg mendekatkan lagi aku pd-Nya, yang mana yg menjauhkan diriku dari-Nya?”

Kita buat yang termampu, tp perlu juga pastikan yg paling termampu kita lakukan adalah yang terbaik dari diri kita.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiayakan seseorang walau sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.”  An-Nisaa’,4: 40

Wallahu’alam.

kisah seorang budak kecil=)

In CategoryKITA & ISLAM
Byara_hani

assalamualaikum..

dengan nama ALLAH yg mengetahui hati-hati ini…

Ada seorang lelaki tua bertemu anak kecil ketika menyusuri sungai. Anak kecil itu sedang berwudhuk sambil menangis. Ketika ditanya, “Nak, mengapa engkau menangis?” Budak itu menjawab, “Wahai datuk, ketika aku membaca Al-Quran aku temukan firman Allah ‘Wahai orang-orang beriman, jaglah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu..’ (At-tahrim:6) Timbullah ketakutanku apabila dilemparkan ke dalam api neraka.”

Lelaki tua itu berkata, “Wahai anakku, janganlah engkau takut, engkau tidak akan dicampakkan ke dalam neraka, sebab engkau belum baligh. Engkau belum layak untuk di masukkan ke dalam neraka.” Anak kecil itu menjawab, “Engkaukan orang yang berakal, apakah engkau tidak tahu apabila seseorang hendak menyalakan api, ia akan memasukkan kayu bakar yang kecil dulu baru kemudian kayu bakar yang lebih besar..”

Mendengar kata-kata budak itu, menangislah lelaki tua tadi sambil berkata, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih ingat kampung akhirat daripada diriku. Dunia telah jauh menyeretku.”

(Al Buka Al Mabrur)

ingin ku berkongsi rasa…

DUNIA TELAH JAUH MENGHERETKU…..

terasa bergetar hatiku saat membacanya..terasa seolah aku adalah salah seorang darinya.Kita selalu alpa dan kadang-kadang mmg begitu jauh dari kampung akhirat yg abadi.

“tapi aku kan manusia..biasalah jika terlupa..”

namun…sampai bila?sampai bila kita harus memberi alasan pada diri kita.YA,mmg kita tak akan sempurna..namun kita ada kudrat..masih diberikan waktu dan kesempatan untuk berusaha untuk menyelamatkan diri dari dunia…sebelum masa kita sampai kepenhujungnya..

ingatlah….manusia akhir zaman akan dijangkiti satu penyakit,iaitu penyakit wahan ‘ORANG YG MENCINTAI DUNIA DAN TAKUT PADA KEMATIAN…jgn sampai kita di diagnosis mengidapi penyakit yg bisa membuatkan kita kerugian di akhirat sana.MAKA,apa yg harus kita lakukan…?

kita tidak boleh mencintai dunia,jadi adakah perlu untuk membenci dunia.Tetapi,tanpa dunia bagaimana aku hendak mengejar akhirat.Dunia diperlukan untuk kita beramal.MAKa perlukah kita mengseimbangkan dunia dan akhirat..?TiDAK,akhirat adalah abadi..dan dunia adalah sementara.Mana mungkin boleh di setarafkan.

mari kita fikir sejenak

Kita tak boleh mencintai dunia..maka KITA PERLU MEMBENCI DUNIA.Membenci dunia bukan bermaksud kita meletakan dunia jauh-jauh dr hidup kita,namun kita meletakan dunia jauh-jauh dr HATI kita, namun sebagai seorang islam kita harus menguasai dunia.oleh itu,kita perlu mengejar dunia untuk diletakan di gemgaman tangan KITA.mungkin kedengaran agak tidak logik,mana boleh menguasai sesuatu jika kita menbencinya?

……?…?….?

Seperti bermain bola..kita kejar bola bersungguh,dan saat kita mendapatnya,kita perlu menendangnya untuk menjaringkan gol,tanpa mata jaringan kita tak mungkin menang.Begitulah dunia..kita KEJAR dan kita TENDANG,supaya mendapat mata untuk ke akhirat.Kita kejar bukan kerana kita cinta tp kerana misi kita untuk menjadi juara di akhirat.

jom bermain bola…=)

letakkanlah dunia di tangan bukan di HATIMU!

wallahualam..wasalam. 

DERMA PALESTIN : WALAU SATU RUBLE

In CategoryKITA & ISLAM
ByBTK

 

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu bentuk perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab api neraka yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah & Rasul berjihad di jalan Allah dengan harta kamu & jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” As-Saff, ayat 10-11

clip_image001

clip_image002

clip_image003

 

Saudara-saudara se Islam kita di sana berjuang & berjihad untuk menentang penjajahan Israel di bumi Palestin. Apa reaksi kita? Jom, menderma Walau Satu Ruble…

———————————————————————————————————————

Satu kutipan derma akan diadakan pada jumaat, sabtu & ahad ini dan akan disalurkan kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad nun jauh di sana (Semoga mereka diberikan kudrat olehNya untuk terus meneruskan perjuangan). Sahabat-sahabat juga boleh menyalurkan sumbangan melalui wakil-wakil daripada setiap hostel :

 

Hostel 1 :

Ezwan (room 302) +79200316761

Rosya Fatin (room 305) +79200309265

 

Hostel 3 :

Azizan (room 308) +79200266753

Afidah (room 319) +79202954086

 

Hostel 5 :

Azli (room 510) +79202951752

Saidatul Fatiha (room 804) +79202932022

 

clip_image004

clip_image005

Bersama Selamatkan Rakyat Gaza

In CategoryKITA & ISLAM
Byzulhusni07

 

Sanakhudu

Gaza-The Killing Zone

Merah Saga


Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).

   

 

Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.

Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….

Seruan

Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:

1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.

2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.

4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.


6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.

7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.

8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.

9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.

d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.

e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.

Gerakerja secara kolektif

Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
Sumber: http://www.palestinkini.info

MAAL HIJRAH - KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASULULLAH s.a.w

In CategoryKITA & ISLAM
Byzulhusni07

” Bro, Maal Hijrah tak disambut!” Tegur seorang kawanku melalui YM (merujuk kepada sambutan Maal Hijrah yg dibuat oleh BTK).

Aku tergamam sejenak. “Betul juga kata-kata dia ni!” Aku bermonolog seorang diri. Benar! Islam bukan satu agama yang diturunkan semata-mata untuk Sambutan @ Perayaan. Disebabkan mentaliti sesetengah muslim yang menganggap Islam sebagai suatu yang mesti disambut-sambut & memperbesarkan sambutan itu, akhirnya wujudnya PErayaan MAal Hijrah, Maulidur Rasul, Majlis Tahlil, yasin malam jumaat, Malam tujuh liku, Sambutan Malam Nisfu Sya’ban, Hari Asyura (dibuatnya bubur byk2 tanpa berpuasa) ditambah sambutan yang memang dianjurkan oleh Islam iaitu Aidulfitri & Aiduladha. Akhirnya, Islam disambut tanpa dihayati maksud tersirat peristiwa-peristiwa yang bersejarah itu.

 

Kenapa perlu ada sambutan Maal Hijrah?

Tidak ubah seperti kita melintasi Kremlin, lalu cikgu Russia kita seronok bercerita kisah Kremlin, melalui patung si Gorki, bercerita mengenai sumbangan Gorki. Demikianlah juga apabila kita  melalui hari Hijrah, kita bercerita mengenai Hijrah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Isu (maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Prison Break, Hustle, Naruto, Bleach, One Piece, Hunter X Hunter, Dragon Ball dll? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :

” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”

 

Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Menjawap persoalan kawan aku itu:

Kita mempergunakan isu  Maal Hijrah untuk menyampaikan kisah ringkas Rasulullah s.a.w kepada semua pelajar Nizhny. Kita meminta kepada semua yang bertanggungjawab untuk membuat follow up dalam usrah/circle mengenai Hijrah Rasululullah s.a.w. Sambutan Maal Hijrah hanyalah bahan tambah dalam perbincangan Hijrah di dalam Usrah/CiRCLE. PEnting untuk kita menerapkan peranan Hijrah dalam diri kita & rakan-rakan seusrah/circle kita. Hijrah apa yang perlu dilakukan di bumi Nizhny ini? Jika belum ber’usrah’, mari kita ber’usrah’. Jika selama ini kita banyak menghabiskan masa dengan Dota, N9, D MOon,Anime, Movie, FS dll, mari kita berhijrah meninggalkan jahiliah itu. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiranku perbincangan Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi : 

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk ALlah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

 

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yg sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a  sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk (teringat masa aku kecil2, ayah aku selalu menidurkan aku dengan membacakan kisah-kisah para Rasul & sahabat).

 

Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak tinggalkan Dota, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan ke’statik’annya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

 

Pengajaran :

1) Kita boleh mempergunakan isu tapi jangan kita hanyut dengan isu.

2) Pastikan pergunaan isu mempunyai matlamat tersendiri.

3) Kisah perjuangan Rasulullah s.a.w adalah sebagai panduan untuk kita dalam meniti jalan Dakwah & Tarbiah.

4) Ayuh, sama-sama kita menyambung Hijrah Rasulullah. Hijrah ke jalan Dakwah & Tarbiah. Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w.