Kisah Al-Quran

In CategoryUncategorized
Bydrgeniuswan

MENGAPA KISAH-KISAH AL-QURAN?

Sejumlah ayat-ayat al-Quran telah memaparkan kisah dan cerita para nabi serta hayat kehidupan mereka. kerana di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pelajaran-pelajaran berharga dan kisah-kisah tersebut pada hakikatnya adalah harta simpanan yang memiliki banyak rahsia dan misteri, ayat-ayat tersebut telah mendapatkan perhatian dari para sejarawan, penulis buku sejarah dan kisah-kisah para nabi as dan para peneliti kajian agama secara istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan masing-masing dari mata air segar itu.

Sebelum kami memaparkan kisah-kisah para nabi a.s. dengan berlandaskan al-Quran, perlu kiranya kami kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat kita jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi a.s. di dalam al-Quran.

Mukadimah ini akan memaparkan pembahasan-pembahasan berikut ini:

Pertama, titik perbezaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.

Kedua, tujuan kisah-kisah al-Quran.

Ketiga, faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.

Perbezaan antara Kisah-kisah Al-Quran dan Kisah-kisah Lain

Secara dasar, kisah-kisah al-Quran sangat berbeza dengan kisah-kisah lainnya dari berbagai segi dan sisi. Akan tetapi, dapat dikatakan bahawa titik pembeza paling mustahak antara kedua jenis kisah itu adalah tujuan yang hendak dicapainya. Pada hakikatnya, tujuan itulah yang menjadi pembeza utama antara kedua jenis kisah itu.

Setiap orang yang ingin menceritakan atau menulis sebuah cerita, ia pasti memiliki sebuah tujuan yang ingin dicapainya. Sebahagian orang sangat meminati seni cerita kerana unsur seninya belaka. Dengan kata lain, ia menekuni bidang seni ini supaya bakat seninya bertambah maju dan berkembang pesat. Sebahagian yang lain menekuni bidang seni ini dengan tujuan hanya ingin mengisi kekosongan waktunya. Dan kelompok ketiga menelusuri kehidupan seni hanya ingin mengetahui dan menukil biografi dan sejarah generasi yang telah lalu (seperti saya dan saudara).

Ringkasnya, setiap orang menekuni seni cerita ini atas dasar faktor dan dorongan tertentu, serta ingin mencapai tujuan yang diinginkannya. Hal itu dikeranakan seni cerita memiliki daya tarik khusus yang tidak dimiliki oleh seni-seni lainnya.

Al-Quran pun tidak luput dari kaedah di atas. Ia pun memiliki tujuan tertentu dalam kisah-kisah yang dipaparkannya. Yang pasti, tujuannya di balik pemaparan kisah-kisah itu tidak terlepas dari tujuan universalnya.Yaitu, hidayah dan memberikan petunjuk kepada umat manusia, mendidik mereka secara benar dalam setiap sisi kehidupan, mengadakan reformasi sosial secara mendasar, dan akhirnya menciptakan individu dan masyarakat yang soleh, berkeperibadian Ilahi, dan beriman.

Tujuan Kisah-kisah Al-Quran

Jika kita menelaah kisah-kisah al-Quran dengan saksama, kita akan memahami bahawa dengan perantara kisah-kisah itu Allah ingin menyampaikan inti penting yang dikemas dalam bentuk cerita dan kisah. Di antara tujuan-tujuan itu adalah sebagai berikut ini:

a. Membuktikan kewahyuan al-Quran dan kebenaran misi Nabi Muhammad s.a.w.; semua yang disampainya adalah wahyu yang turun dari Allah demi membimbing umat manusia ke jalan yang lurus. Dengan memperhatikan kecermatan dan kejujuran al-Quran dalam menukil kisah-kisah itu, kewahyuannya akan dapat dibuktikan. Al-Quran sendiri telah mengisyaratkan hal ini ketika ia menukil kisah-kisah para nabi, baik di permulaan maupun di akhir kisah. Ia berfirman,


“Kami akan menceritakan kepadamu cerita terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini kepadamu meskipun sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa (baca : tidak mengenal kisah itu)”. (Q.S. Yusuf [12] : 3)

Setelah menukil kisah Nabi Hud as, Ia berfirman,


“Itu semua termasuk dari berita-berita ghaib (yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum ini, engkau dan kaummu tidak mengetahuinya. Maka, bersabarlah! kerana masa depan berada di tangan orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Hûd [11] : 49)

b. Membuktikan kesatuan agama dan akidah seluruh nabi a.s.. kerana mereka semua datang dari Allah, intisari dakwah mereka adalah satu dan mereka mengajak umat manusia kepada satu tujuan. Dengan mengingatkan kembali tujuan yang satu ini, di samping ingin menegaskan kesatuan akar dakwah seluruh agama dan umat manusia, al-Quran juga ingin menekankan bahawa intisari dakwah para nabi as tidak berbeza antara satu dengan lainnya.

Tujuan ini telah sering diisyaratkan dalam beberapa ayat al-Quran. Realiti ini dapat kita telaah dalam surah al-A’râf [7] : 59, 65, 73, dan 85.

Sebagai contoh, Allah berfirman,


“Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu, ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kalian selain-Nya. Sesungguhnya aku takut azab yang besar terhadap kalian”. (Q.S. Al-A’râf [7] : 59)

Menyembah Allah adalah satu tujuan yang diproklamirkan oleh seluruh nabi dan rasul as.

c. Menjelaskan kesatuan tatacara dan saranan para nabi as dalam berdakwah, kesatuan sikap mereka dalam menghadapi masyarakat, bagaimana sikap masyarakat dalam menanggapi ajakkan mereka, dan kesamaan adat-istiadat yang berlaku di dalam masyarakat ketika mereka mulai berdakwah.

Realiti ini dapat kita telaah bersama dalam surah Hûd [11] : 25, 27, 50, dan 61.

d. Menceritakan pertolongan-pertolongan Ilahi terhadap para nabi a.s. dan menekankan realiti bahawa peperangan ideologi itu pasti berakhir dengan kemenangan di pihak para penolong Allah. Dengan demikian, para nabi a.s. akan semakin tegar dalam menjalankan misi mereka, dan para pengikut mereka akan lebih bersemangat untuk mengembang misi tersebut.

Realiti ini dapat kita renungkan bersama dalam surah al-‘Ankabût [29] : 14-16, 28, 34, 37, 38, 39, dan 40.

e. Membenarkan khabar-khabar gembira dan peringatan- peringatan Ilahi secara nyata dengan memberikan contoh-contoh nyata tentang hal itu. Semua itu adalah suatu implementasi dari rahmat Ilahi bagi orang-orang yang taat dan azab Ilahi bagi para pembangkang.

f. Menjelaskan rahmat dan nikmat Ilahi yang telah dicurahkan atas para nabi a.s. sebagai hasil kedekatan hubungan mereka dengan Allah. Sebagai contoh, hal ini dapat kita temukan dalam kisah Nabi Sulaiman, Daud, Ibrahim, Isa, Zakaria, dan lain-lain.

g. Mengemukakan permusuhan kuno syaitan terhadap umat manusia di mana ia selalu menanti kesempatan untuk menyesatkannya. Kisah Nabi Adam a.s. adalah sebuah contoh riil untuk hal ini.

Faktor Pengulangan Kisah-kisah Al-Quran

Salah satu pembahasan penting yang mungkin sering kita pertanyakan setiap kali kita menelaah kisah-kisah al-Quran adalah mengapa sebahagian kisah al-Quran diulangi dalam surah yang lain?

Untuk menjawab pertanyaan itu, perlu kita perhatikan dua faktor berikut ini:

a. Tujuan yang berbeza menuntut pengulangan kisah. Setiap kisah yang disebutkan dalam sebuah surah al-Quran tentunya demi mencapai sebuah tujuan tertentu. kerana terdapat tujuan lain yang berbeza dengan tujuan tersebut, hal itu menuntut supaya kisah itu diulangi lagi di surah lain demi mencapai tujuan yang lain pula. Oleh kerana itu, jika satu tujuan telah menjadi faktor untuk sebuah kisah supaya disebutkan pada sebuah surah, faktor lain yang berbeza dapat menjadi faktor tersendiri untuk kisah itu supaya disebutkan lagi di surah yang lain.

b. Kerana dakwah Islam melalui sesi yang berjenjang dan berbeza- beza, dan al-Quran juga turun sesuai dengan tuntutan setiap sesi dakwah itu, secara logik kisah yang terdapat di dalamnya sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai dalam setiap sesi dakwah itu akan mengalami pengulangan dalam beberapa surah.

Harapan kami, semoga rubrik ini dapat bermanfaat bagi kita dalam mengembang risalah Ilahiah yang suci ini dan kisah-kisah para nabi a.s. ini dapat menjadi model teladan dalam kita mengembang misi Ilahi. Amin!

http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Kerana Sebiji Epal

In CategoryUncategorized
Bydrgeniuswan

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

Sumber : http://sirah.blogsome.com/2005/09/16/kerana-sebiji-epal/#more-9

Tahun baru tazkirah kalbu

In CategoryUncategorized
Bysyntahstylo

Dia melalui hidupnya sehari-sehari
Dia bangun dari tidurnya lalu dia ambil wudhunya
Dia pergi ke sekolah menajamah buku menadah telinganya
Dia masak makanannya membasud pinggannya
Dia menghadap mejanya membuat tugasannya
Begitulah berlalunya harinya
Namun dia tidak sedar, dia sehari lebih dekat kepada ‘masa’nya

dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melalui hidupnya semingu-seminggu
Dia membaca ‘manga’nya menononton anime yang ditunggu-tunggu
Dia membuka blog rakaannya menunggu keputusan liga perdana
Dia mengangkat jemurannya menganginkan biliknya
Dia bersiap untuk binaanya dan puas menerima taujih pembinanya
Begitulah berlalunya minggunya
Namun adakah dia sedar, dia seminggu lebih hampir dengan ‘masa’nya?

Dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melalui hidupnya semester pengajiannya
Alhamdulillah, dia mendapat zacot–zacotnya
Dia sudah menyediakan jawapan untuk ujiannya
Dia sudah beli tiket percutian dan kampung halamannya
Dia beratur untuk peperiksaan dan keluar dengan senyumannya
Begitulah tamat sudah satu semester pengajiannya
Namun masihkah dia alpa, akan masa yang berlalu?

Dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melihat kalender, 31 Disember 20XX
Dia tersenyum bermonolog..bertambah dewasa aku..
Lalu dia berfikir..bezakah aku dari tahun yang lalu..
Lalu dia sedih kerana tiada mencapai sesuatu
Rupanya aku hanya meningkat usia..tetapi bagaimana imanku..?
Bagaimana pula amalku, apakah ada yang baru..?
Bagaimana pula hubunganku dengan Yang Maha Satu..?

Dia melihat ke luar tingkap, bunga api letup berlagu
Dia berjalan ke koridor, jiran asyik menjamu
Namun di hatinya, tidak kosong walau tanpa routine2 itu..
Kerana baginya, tahun baru itu menjadi tazkirah kalbu
Bahawa diri perlu memacu, menjadi lebih mapan dan padu
Demi ummah, dan untuk jannah,
dan untuk Rabb yang Satu

take part yok~

In CategoryISLAM YANG KUCINTAI
Byteko..

assalamualaikum wrt,salam maal hijrah kengkawan sekalian,,

dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, yang memegang hati2 ini, yang nikmatnye melimpah ke seluruh penjuru dunia, yang  memberikan ketenteraman kepada hati ini, yang menghilangkan kelaparan tatkala lapar, yang meggembirakan hati tatkala gusar…..//

mengalamun sendirian,,hukhuk “ya Allah rupe2 nyerr turn aku post kat btk,naseb baik g meeting, klu x 4 sure xtau”

hmm tetiba rse mcm ahli tdo pulak dalam btk nie,,persoalannyer boleh ker kte menjadi ahli tdo dalam Islam?? xkan nak jadi penonton jerr kan??abih 2 bekalan ape aku nak tunjuk kat Allah nnt bile org len tunjukkan bekalan2 diorg yang hebat?? kate nak mask syurga, ingt murah kerr syurga ni!!

so, ape nak buat skarang,,teringat pulak kat 1 tajuk usrah ni,,”apa erti aku menganut Islam”

antara isi die yang terpaku kat hati,,

orang yahudi dah atur strategi dari dlu lagi untuk kuasai dunia n mnghapuskan Islam atas dunia nie, walaupun bilangan diorang sikit berbanding orang Islam atas dunia, tapi kesungguhan diorang peh mmg xleh nak sangkal lagi, teringat kate sorang ustaz ni, orang yahudi ni walau kat mne pon diorang berada, diorg sangat aware ngan agama diorg, bahasa hebrew mmg dorg kuasai,kitab diorg mmg diorg balajar,,

orang Islam plak, baca quran xlebih dari tajuid n lagu jer,makne hampeh xtau,so, sebenarnya al-Quran ni nak cakap pasal ape??daripada lebih kurang 600 muka surat alquran klu setakat nak cakap pasal rukun iman or rukun islam jerr xsampai 100 muka surat,,selebihnye? sebenarnye al quran turun sbb nak tunjuk macmmne nak jadi seorg muslim,seorang Islam,

kte kne tau n bare in mind sentiasa, apsal kte hidop, kte hidup untuk Allah kan,so apa2 pasal Islam,klu kte boleh take part,kte take part../cbe tgk balik hakikat penciptaan manusia:

(51:56)-’”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu”

dalam ayat ni Allah suruh mengabdikan diri kepadaNya, kte ni hamba jerr,so,jadilah seorang hamba yang bermanfaat kepada Tuannye,,

(51:57)-Aku x mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKu”

manusia skarang dah disibukkan dengn perkara2 keduniaan,mle2 anak lahir dah pikir nak anta anak kat sekolah mne, blaja pandai2, pastu dapat kerja yang elok2,,supaya hidup senang,,tu jerr,,hmm macm dalam hadith kotak rasulullah, manusia cme berangan2 perkara2 dalam kotak(kehidupan dunia) kte lpe perkara yang berada di luar kotak (akhirat), padahal Allah dah cakap,yang kte kerja bagus2, dapat duit banyk2, nak bagi sape?Allah x pandang pon, sume2 tu pon Allah yang bagi,,

so, kengkawan sekalian bukan kte xleh kumpul duit or nak kerja tinggi2, cme jangan lpe hakikat penciptaan manusia tu sendiri,bil org yahudi dalm dunia nie lebih kurang 30 juta jerr tapi umat Islam ada lebih kurang 1 billion, tapi diorang boleh kuasai dunia, ekonomi n even pemikiran kte,sebb ape, pacimu,y?

~~SEBB DIORANG HIDUP TUK AGAMA DIORANG N ORG ISLAM X HIDUP TUK AGAMA ISLAM~~

maka bersoraklah orang yahudi, injection yang diorg bagi telah berjaya mengimmune kan umat Islam,sehinggakan kte x terasa ape yang terjadi kat umat Islam yang len, xterasa sekarang Islam sedang mengalami keruntuhan,xrasa gapo2,,kebal jerr..hebat x planning diorg?

so, mne nak cari antidote kepada vaccine yang diorg bagi nie,,hmm senang jer, “AL-QURAN” mukjizat sepanjang zaman,pelajarilah al-quran, ape yang Allah suruh kte buat, apa yang dilarang kte jangan buat,,

quote dari 1 buku ni,

“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”(9:111)

inilah sikap Allah kepada kita. sebaliknya, lihatlah tingkah laku anda sendiri. anda menjual kapada orang2 lain sesuatu yang merupakan pemberian Allah kepada anda, dan yang  juga telah dibeliNya dari anda dengan pembayaran harganya. dan harga yang anda terima dari orang2 lain itu pun juga cuma harga yang sedikit sahaja. pembeli2 anda menyuruh anda bekerja dengan cara yang bertentangan dengan kehendak Allah. anda mengabdikan diri kepada mereka otak anda, kaki dan tangan anda, tenaga dari tubuh anda, dan segala sesuatu yang dikehendaki oleh orang2 yang durhaka terhadap Allah itu…//

wallahualam..

p/s maap tulis ikot gerak hati or ayat tunggang langgang,,yang baik jadikan pedoman, yang xbaik jadikan sempadan~

Salam Maal Hijrah

In CategoryUncategorized
Bydrgeniuswan

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Read more…

Detik Yang Berlabuh

In CategoryUncategorized
Bydrgeniuswan

Mengira aku detik yg berlabuh….

Menghitung tiap langkah yg aku lalu

Lantas aku terpenjara dalam kelam ruang..

Meraba dalam terangnya cahya suria..

Mencari jalan pulang….

Mencari keredhaan.. Read more…

salam aidiladha…

In CategoryUncategorized
Byachik

salam aidiladha

Assalamualaikum w.b.t….

Kehadiran Aidiladha pastinya menyingkap kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. serta puteranya Nabi lsmail a.s. Pengorbanan antara seorang hamba kepada Tuhannya ini telah menjadi titik tolak bermulanya sejarah ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam hari ini setiap kali tibanya Aidil Adha.

Nabi Ibrahim a.s setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim a.s menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. “…Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?” (as-Saffat ;102)

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:…”Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar.”(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim a.s melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

lembu...

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan sememangnya tidak datang menggolek. Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa mereka yang sanggup berkorban kerana-Nya akan diberi limpahan pahala yang besar disisi-Nya.

Wallahualam.

Assalamualaikum w.b.t

Batas Ikhtilat

In CategoryKITA & ISLAM
Bydrgeniuswan

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.

Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud;

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu”. [al-Ahzab : 34]

Apakah ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Read more…

FIQH ISLAMI - ONLINE BERSAMA USTAZ

In CategoryKITA & NIZHNY
ByBTKNIZHNY

MINGGU PENUTUP

BULAN FIQH ISLAMI

—————————————————————————————————————————————–

 

“KUIZ FIQH ISLAMI DAN

ON9 BERSAMA UST”

TENTATIF :

6.00 pm:      KUIZ FIQH ISLAMI

7.30 pm:       SOLAT ISYAK [PENGHUNI HOSTEL 3]

8.00 pm:      ONLINE BERSAMA USTAZ

SABTU(21/11/2009) di

 Hostel 3 , 107

Hostel 5, 106

PERHATIAN :

·   Dijemput semua menghadiri Kuiz Fiqh Islami – terdapat pelbagai hadiah utk dimenangi bersama.

·    Terdapat sesi soal jawab bersama ustaz, sesiapa yang mempunyai kemusykilan agama boleh mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab.

·     Sila hadiri tepat pada waktunya agar ustaz tidak tertunggu-tunggu kedatangan kita semua.

*Berikutan arahan kuarantin yang telah dikeluarkan oleh Heath Dept of Nizhny Novgorod, segala aktiviti yang telah dipotong di atas dibatalkan. Segala kesulitan amat dikesali. Sila terus mengunjungi blog ini untuk sebarang newsflash atau update. Bagi penghuni Hostel 1, perbincangan di mana agenda akan diadakan masih dalam perbincangan. Akan diupdate lagi sekiranya terdapat perkembangan terkini. Harap maklum.

lebih baik sepuluh kalau tidak tiga puluh….

In CategoryUncategorized
Bymuizz_halim

Assalamualaikum w.b.t

“Hai!!!! Awak ape khabar harinie??..” Kalau takpun “hello!! Camane awak harinie?? “Itulah perkataan yang mungkin kite selalu ucapkan apabila kita bertemu antara satu sama lain. Tapi sedarkah kita bahawa ada satu kalimah yang sememangnya kian dilupai dan kalimah ini sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sendiri

Inilah kalimah yang sering kita lupakan..

Inilah kalimah yang sering kita lupakan..

Kalimah itu ialah Assalamualaikum.. Sebenarnya hati ini terdetik ingin mengepos mengenai kalimah ini kerana merasakan kalimah ini semakin dilupai dan kian kurang kedengaran antara sesama kita. Ingatkah kita sewaktu zaman muda-muda dulu(waktu sekolah) bile jumpe senior saje terus beri salam tanpa mengetahui apakah asbab dan musababnye..

Sebagai seorang muslim kita mestilah mempraktikkan amalan ini apabila bertemu atau berjumpa saudara seIslam dimana sahaja berada. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 86

“Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam, maka jawablah penghormatan atau salam itu dengan lebih daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya”

Disini jelaslah kepentingan amalan salam ini. Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan tentang amalan ini. Disini saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah hadis .

Dari Imran bin al-Husain r.a. katanya,

“Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw, lalu dia mengucapkan Assalamualaikum. Kemudian nabi mengucapkan, “SEPULUH”, maksudnya pahalanya digandakan sepuluh kali. Selanjutnya datang orang lain lalu dia mengucapakan, “Assalamualaikum warahmatullah”, Lalu rasulullah berkata, “DUA PULUH”, maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Kemudian ada pula orang lain datang , lalu mengucapkan “Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh”. Kemudian rasulullah membalas salam tersebut lalu bersabda: “TIGA PULUH”, maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.

Jadi, saya ingin menyeru kepada diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain agar mengamalkan amalan ini. Kalau berasa berat untuk mengucapkan yang tiga puluh, cukuplah sekadar yang sepuluh itu… Samalah-samalah kita menghidupkan amalan ini..

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

Wallahualam..